Pages

Sunday 21 July 2013

Kawan lama


Assalamualaikum wbt.

Hari ni penulis sekeluarga balik ke rumah mertua di Bandar Rinching, Semenyih, untuk berbuka puasa bersama. Hujung minggu lepas dah berbuka puasa di rumah parents penulis.

Lepas membeli-belah di param Bandar Rinching sebelah Tesco, sambil menunggu masa untuk berbuka puasa, penulis hantar sms kepada kawan lama yang tinggal di Semenyih. Saja hantar sms bertanya khabar dan mengatur satu perjumpaan. Kawan sekolah rendah yang dah hampir 30 tahun tak berjumpa.

Lepas solat terawih, lebih kurang jam 11:00PM, penulis pergi ke lokasi tempat perjumpaan iaitu di Restoran Jamek Maju di Bandar Semenyih untuk berjumpa dengan member (En. Zali Sakun) tadi. Bersama dengan En. Zali, ada dua lagi rakannya yang turut hadir di perjumpaan ini.

Banyak benda yang kami borakkan. Maklum sahajalah, hampir 30 tahun tak berjumpa.  Bergelas-gelas air yang kami order. Hinggalah jam 02:30AM barulah kami bersurai. Selepas ini InsyaAllah mungkin lagi kerap kami akan berjumpa.

Sekian.

posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. 30 thun x jumpaa.... hrmmmm lama benar tuu... ni mesti kenal dia demula melalui fb ni kan? hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Sebelum ni lost contact. Dpt contact semula melalui fb 3 tahun lepas. Semalam baru ada peluang berjumpa muka. :-)

      Delete
  2. lamanya tak berjumpa.. seronok sesekali berjumpa kawan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bila bercerita tentang kisah-kisah lama yang menjadi kenangan.

      Delete
  3. Memang best berjumpa rakan2 lama ni, pelbagai cerita lama dan terkini menjadi bualan, Tak cukup sehari bersembang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. sembang punya sembang tak sedar jam dah pukul 2.30 pagi. Memang banyak perkara yang disembangkan.

      Delete
  4. lamanya tak berjumpa??syukur masih kuat tali persahabatan tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to facebook sebab memang lost contact dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.