Hari ni penulis sekeluarga balik ke rumah mertua di Bandar Rinching, Semenyih, untuk berbuka puasa bersama. Hujung minggu lepas dah berbuka puasa di rumah parents penulis.
Lepas membeli-belah di param Bandar Rinching sebelah Tesco, sambil menunggu masa untuk berbuka puasa, penulis hantar sms kepada kawan lama yang tinggal di Semenyih. Saja hantar sms bertanya khabar dan mengatur satu perjumpaan. Kawan sekolah rendah yang dah hampir 30 tahun tak berjumpa.
Lepas solat terawih, lebih kurang jam 11:00PM, penulis pergi ke lokasi tempat perjumpaan iaitu di Restoran Jamek Maju di Bandar Semenyih untuk berjumpa dengan member (En. Zali Sakun) tadi. Bersama dengan En. Zali, ada dua lagi rakannya yang turut hadir di perjumpaan ini.
Banyak benda yang kami borakkan. Maklum sahajalah, hampir 30 tahun tak berjumpa. Bergelas-gelas air yang kami order. Hinggalah jam 02:30AM barulah kami bersurai. Selepas ini InsyaAllah mungkin lagi kerap kami akan berjumpa.
Sekian.
posted from Bloggeroid
30 thun x jumpaa.... hrmmmm lama benar tuu... ni mesti kenal dia demula melalui fb ni kan? hihihi....
ReplyDeleteYe betul. Sebelum ni lost contact. Dpt contact semula melalui fb 3 tahun lepas. Semalam baru ada peluang berjumpa muka. :-)
Deletelamanya tak berjumpa.. seronok sesekali berjumpa kawan lama..
ReplyDeleteMemang seronok bila bercerita tentang kisah-kisah lama yang menjadi kenangan.
DeleteMemang best berjumpa rakan2 lama ni, pelbagai cerita lama dan terkini menjadi bualan, Tak cukup sehari bersembang...hehe
ReplyDeleteItulah.. sembang punya sembang tak sedar jam dah pukul 2.30 pagi. Memang banyak perkara yang disembangkan.
Deletelamanya tak berjumpa??syukur masih kuat tali persahabatan tu.. :)
ReplyDeleteThanks to facebook sebab memang lost contact dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu.
Delete