Ayam percik |
Assalamualaikum wbt.
Hari ini penulis berbuka puasa bersama keluarga seperti biasa di rumah. Memang pada hari bekerja kami akan berbuka dirumah sahaja. Lauk berbuka hari ini cukup istimewa sekali kerana isteri masak lauk kegemaran penulis.
Hari ini isteri bercuti kerana dapat surat cuti sakit dari doktor sebab mata merah. Nak kata sakit mata tak jugak. Mungkin sebab kanta sesentuh. Jadi isteri ambik peluang untuk masak ayam percik kelantan style. Ini kali kedua isteri mencuba menu ini. Kali pertama percubaan beliau agak kureng tapi kali ini memang menepati citarasa penulis.
Ayam percik kelantan style |
Ayam percik kelantan style biasanya kuah dia putih tapi isteri modified bagi nampak kekuningan sedikit. Warna tak penting tapi rasanya memang menepati citarasa penulis.
Cempedak goreng |
Sambal kentang + tempe |
Kurma |
Black seedless grape |
Disamping itu ada juga menu lain yang isteri sediakan untuk juadah berbuka puasa iaitu sambal kentang goreng + tempe. Menu ini adalah salah satu dari kepakaran isteri. Memang terbaik. Selain dari tu ada juga cempedak goreng yang anak sulung penulis beli di PARAM, buah anggur hitam tanpa biji dan juga buah kurma sebagai pembuka selera.
Terima kasih pada isteriku yang berusaha untuk memasak menu kegemaranku.
Sekian.
posted from Bloggeroid
Sedapnya ayam percik...ayam da nek rega skrg..sya bli rangka ayam goreng je dah rm5 satu sekarang..huhu..
ReplyDeleteYes. Harga ayam sekarang ni memang mahal. Rangka ayam pun orang nak jual. Tak pernah lagi beli rangka ayam yang digoreng tu kat pasar malam atau pasar ramadhan.
DeleteAssalamualaikum. sodapnya cempedak goreng tu. skrg tengah musim kan. heeee mohon sharing resepi ayam percik. teringin nak buat untuk suami tercinta sheila tu. hehehehehehe :)
ReplyDeleteInsyaAllah, nanti saya akan dapatkan daripada isteri.
Deletealhamdulillah...seronok berbuka dgn keluarga, walaupun menu sesimple mane...tapi kalo dah berbuka dgn ayam percik hasil air tangan wife mmg marbeles laaa heheheeh...lieya pun suke yg kelantan style..sedap manis2 die lain sikit dari ayam percik biase.....
ReplyDeletesalam ramadhan jugak tuk en amir sekeluarga...persiapan raye dah ready ke? heheheeheh
Pasal persiapan raya, alhamdulillah dah ready.
Deletesedapnya menu berbuka semalam.. :D
ReplyDeleteItulah.. reply komen ni pun dah teringat ngan ayam percik semalam tu. hehehehe.
DeleteMemang sedap.
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletebunda pernah buat ikan kembung percik..putih jugak kuahnyer... xder kunyit atau rempah n cili... kalu ayam percik bunda pun sama..putih..tambah biji ketumbar dan jintan2, halia n bawang merah n santan pekat...
bunda lebih suka kekalkan warne n rasa asalnyer...untuk membezakan antara percik dan rendang atau lain2...jemulah kuning n merah ..
Wassalamualaikum wbt.
DeleteMemang percik kuah putih adalah yang terbaik.
Masakan paling best ialah air tangan isteri...hehehehehe
ReplyDeleteMasakan penuh kasih sayang...aku macam chef lak ...hahahha
Ye betul tu.
Deletesemuaaanya sedap..nak2 ayam percik tu.. =)
ReplyDeleteMemang terbaik lah ayam percik ni.. hehehe..
Delete