Pages

Sunday 30 June 2013

Riadah petang ahad


Hari ni penulis dan isteri sekali lagi bawa anak-anak ke gelanggang badminton di Pro One Badminton Centre untuk riadah. Banyak jugak peluh keluar. Anak-anak pun berpeluh-peluh jugak.



Aqil dan Danish pun main jugak badminton tapi main macam main hoki. Syafiq, Allya, dan Irfan bergilir-gilir main badminton dengan penulis dan isteri.



Bila Aqil dan Danish dah boring main badminton cara main hoki, mereka berlari-lari anak keliling gelanggang sambil main kejar-kejar. Seronok jugak tengok Danish ni berlari-lari dengan mulut bising panggil abangnya Aqil. Irfan pun lepas tu join sama berlari-lari dengan dua beradik ni.

Kami yang besar-besar ni nak tergelak tengok kerenah mereka sebab dah jadi aktiviti lumba lari la pulak sebab sebelum mula berlari, duduk macam pelumba lari kat balapan lepas tu kira.. satu.. dua.. tiga.. lariiiii.....

Cukup 1 jam.. kami balik dengan badan penuh dengan peluh.

Sekian

8 comments:

  1. Aktiviti yang sangat menyihatkan. Best nye tengok korang sama sama keluarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun main badminton tak berapa betul, pukul bola pun tak kena tapi dapat keluarkan peluh dan dapat tengok kerenah anak-anak.

      Delete
  2. Ini barulah aktiviti yang menarik. Beriadah dan berpeluh, best3! Aktiviti Hujung minggu yg menyihatkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah, aktiviti sebegini akan diteruskan hingga dah tak larat..

      Delete
  3. riadah yang menyihatkan.. aiza dah lama tak beriadah begini.. kalau ada masa terluang pun sekadar berjoging sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjogging pun bagus untuk mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina.

      Delete
  4. Anak-anak saya pun dok gian main badminton, tapi biasalah budak2 ..gian derang ni kejap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bawak gi main selalulah kalau nak buat dorang terus minat main badminton.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.