Pages

Saturday 18 May 2013

Pasar Chow Kit


Setiap hari Sabtu, pada kebiasaannya penulis dan isteri akan hantar Amadada (Aqil) dan Bebo (Danish) ke Taska. Walaupun tidak bekerja pada hari Sabtu, kami akan hantar juga mereka ke Taska sebab nak uruskan apa-apa yang perlu.

Contohnya hari ini kami ada urusan di Pasar Chow Kit, lebih baik hantar mereka ke Taska dari bawa mereka berdua ni sekali sebab akan melambatkan urusan jika mereka ada bersama.

Berikut adalah gambar-gambar mereka berdua bersama dengan abang Irfan main di car porch sambil menunggu isteri bersiap dan sebelum mereka di hantar ke Taska.



Kami ke Pasar Chow Kit untuk membeli bekas gift untuk Majlis Kesyukuran keluarga kami yang akan berlangsung pada hari Sabtu minggu hadapan. Harga bekas hadiah ni RM0.70 satu jika beli lebih 400 pcs. Penulis tak tahulah sama ada harga tu murah, berpatutan atau sebaliknya.


Sebenarnya sudah agak lama penulis tidak ke Pasar Chow Kit sebab tiada urusan untuk ke sana. Biasanya penulis ke kawasan sekitar Jalan Chow Kit adalah pada malam raya untuk membeli seluar jeans murah-murah. Tapi sejak raya 2 tahun lepas, penulis hanya menghabiskan masa dan wang ringgit di Uptown Danau Kota jika nak beli seluar jeans dan lagipun di sini lebih meriah bila tiba hari raya. Sebenarnya bukan sahaja tiba hari raya, malam minggu hari biasa pun memang happening kat kawasan Uptown Danau Kota tu.




Jadi, kekerapan penulis untuk ke Jalan Chow Kit ni sudah berkurangan jika nak dibandingkan dengan zaman persekolahan penulis setikar tahun 1980an hingga awal 90an dulu.

Sambil-sambil menunggu isteri berurusan dengan tokey kedai bekas gift, sempat juga penulis mengambil gambar seorang pakcik sedang browse internet menggunakan telefon bimbitnya ditengah-tengah kesibukan Pasar Chow Kit. Gambar pakcik ini telah diupload ke Instagram milik penulis.



Sekian.

Sent from my Samsung mobile.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.