Terdapat satu applikasi yang penulis selalu gunakan untuk buat video call kepada isteri bila berada di luar negara. Applikasi yang dimaksudkan adalah Google Talk. Memang senang dan mudah untuk gunakan applikasi ini bagi tujuan video call. Selain dari video call, pengguna juga boleh menghantar message kepada rakan dengan menggunakan applikasi ini.
Anda hanya perlu ada akaun Google, line internet (data plan dari telco provider atau wifi), dan sebuah telefon bimbit pintar atau tablet sistem Android untuk menggunakan applikasi ini.Sebentar tadi penulis baru sahaja buka Google Play untuk periksa mana-mana applikasi Android yang perlu dikemaskini versinya. Penulis dapati Google Talk ini akan digantikan dengan satu applikasi baru yang dinamakan Hangouts (dari Google Inc.).
Sebenarnya penulis agak keberatan untuk kemaskini applikasi Google Talk ini sebab ianya amat membantu penulis bila ingin membuat video call. Penulis membaca deskripsi Hangouts untuk memahami dan mendapatkan gambaran apa yang ditawarkan oleh Hangouts ini.
Setelah membaca banyak review yang dihantar oleh pengguna, rata-rata ingin Google Inc. menambah fungsi SMS intergration seperti yang terdapat didalam Facebook Messenger (versi terbaru).
Beberapa komen dari user yang sudah kemaskini ke Hangouts. Klik pada imej untuk besarkan. |
Sekian.
Sent from my Samsung mobile.
Google hangouts!
ReplyDeleteIzzat.. amacam? Dah start guna ke Google Hangouts? Kalau dah install tu Google Talk masih ada atau completely replaced?
Delete