Salam semua..
Hari ni penulis akan memulakan perjalanan untuk balik kampung iaitu ke Besut, Terengganu. Seperti yang penulis beritahu dalam entri yang lepas, penulis akan bersama adik bongsu (Cikgu Apit) dan kakak sulong berkonvoi untuk tujuan ini.
Perkhabaran dari Penang, abang (Abedi) dan kakak ipar akan bertolak dari bahagian utara untuk balik ke kampung tapi pada hari ahad malam terus dari Baling, Kedah kerana abang ada kerja (ambik gambar orang kahwin) di sana. Abedi akan ditugaskan juga untuk mengambil gambar di kenduri kahwin sepupu nanti yang akan berlangsung pada hari Isnin, 11hb Februari 2013 di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Info dari Hasmani (adik ipar), mereka (parents dan adik sekeluarga) telah selamat sampai di lapangan terbang Kota Bahru lebih kurang jam 22:45 (delay 30 minit) malam tadi dan selamat sampai di Besut lebih kurang 00:00 pagi tadi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang jam 09:30 dan menuju ke rumah kakak di area rumah untuk berkumpul dan bersarapan sebelum memulakan perjalanan.

Walaupun laluan bengkang-bengkok tapi at least tak jem dan trafik clear. Kami masuk ke lebuhraya KL-Karak di Genting Sempah lepas terowong.
Laluan clear sehinggalah sampai di Tol Bentong yang mana trafik agak ketat sebelum sampai ke tol. Lepas tol jalan clear.
Kami menggunakan jalan Jerangau-Jabur untuk ke Jerteh, Besut, Terengganu. Permulaan laluan ini agak clear dan smooth walaupun banyak kereta.
Trafik agak ketat lebih kurang 10km sebelum sampai di Bandar Muktafibillah Shah dan ke simpang Lebubraya Kuala Terengganu (LKT). Ada la beberapa kereta yang agak kurang hajar menggunakan laluan kecemasan kerana tidak sabar dengan trafik yang berat. Almost stand still di beberapa tempat.
Habis mengharungi LKT, kami terus guna laluan ke Jerteh yang hanya tinggal 88km sahaja lagi. Walaupun kereta agak banyak tapi trafik smooth. Kami sampai di lokasi yang dituju lebih kurang jam 21:30. Parents dan adik ipar serta keluarga mak saudara menyambut kami dengan hidangan makan malam yang mana telahpun tersedia untuk kami.
Memang agak luar biasa tempoh perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 10 jam jika dibandingkan perjalanan balik kampung pada musim bukan perayaan. Memang telah kami jangka jadi tiada keluhan dengan tempoh masa perjalanan kami kali ini.
[Update]
And the journey end with Southampton beat Manchester City with 3-1 score. Hahahaha I Like...
Sekian.
Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.
Sekian.
Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.
Yang penting semuanya selamat tiba...
ReplyDelete10 jam....emmmm...panas buntut tu..hihihihihi.
Selamat bercuti
Thanks Hanif.. kami dah pun selamat sampai Gombak semula.
Delete