Hari keluarga Hj. Rofie & Hjh. Rahmah pada tahun ini (2012) telah diadakan di Thistle Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seperti tahun lepas, kami menyewa bilik untuk 3 hari 2 malam.
13hb November 2012
(Selasa)
Kami berkumpul di rumah parents (Seri Kenangan sebelum bertolak ke PD. Antara keluarga yang bertolak bersama adalah dari Gombak Utara, Gombak Selatan, Melati, dan Samudera. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 12:00pm dan sampai pada pukul 2:00pm. Keluarga Shah Alam dan Batu Muda bertolak secara berasingan tetapi sampai ke destinasi lebih kurang waktu yang sama.
Kami tidak menghadapi masalah semasa dalam perjalanan cuma trafik jem agak teruk (nearly standstill mengikut kata Waze, satu android applikasi yang digunakan oleh penulis sewaktu perjalanan ke Thistle Resort) di Teluk Kemang kerana kereta agak banyak di jalan raya, maklum sahajalah, hari ini adalah Hari Deepavali. Ramai ambil peluang bercuti bersama keluarga di tempat-tempat seperti ini.
(Rabu)
Percutian kami di Thistle Resort, PD ini diteruskan lagi dengan acara yang tidak asing lagi bila bercuti ditempat sebegini adalah acara bersarapan.
Setelah semua selesai bersarapan, kami semua turun ke padang untuk acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa. Kami semua cukup gembira sekali. Acara sukaneka untuk dewasa tidak dapat dijalankan kerana cuaca agak panas terik. Lagipun masing-masing sudah kepenatan.
Setelah selesai acara sukaneka, kami ramai-ramai berendam dalam kolam sebelum naik ke bilik untuk berehat dan makan tengahari.
Lebih kurang jam 2:30pm, mana-mana yang masih bertenaga, turun ke bawah untuk beriadah. Antara riadahnya adalah bermain pool, ping pong dan xbox wii interaction. Best jugak main xbox ni. Sampai berpeluh-peluh. Tak perlu berjogging untuk mengeluarkan peluh.
15hb November 2012
(Khamis bersamaan dengan 1 Muhharam 1434)
Hari ini cuaca agak kurang baik kerana hujan turun. Seperti biasa, acara bersarapan beramai-ramai menjadi acara pertama. Menu makanan tak banyak beza dari semalam. Cereal untuk kanak-kanak, roti jem dan butter, nasi goreng, chicken salami, sosej, hash brown, omelet, pancake + honey, dan ada lagi banyak makanan yang penulis tak sempat nak makan sebab perut dah kenyang.
Jam lebih kurang 10:30am, hujan sudah berhenti. Anak-anak sudah bersiap sedia untuk mandi kolam. Hanya diberi masa 1 jam hingga 11:30am untuk mandi kolam sebab lepas tu nak kena bersiap untuk check out. Masa yang singkat tidak disia-siakan oleh mereka. Terus turun ke bawah untuk mandi kolam. Habis masa 1 jam, memang agak liat untuk suruh dorang naim ke bilik masing-masing sebab semua masih tak puas mandi kolam.
Kami semua check out resort lebih kurang pukul 12:30pm. Setelah rileks dan bergambar, kami semua menuju ke destinasi untuk makan tengahari.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di sebuah masjid di Port Dickson untuk menunaikan solat zohor dan asar (jamak + qasar) sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.
Pun begitu, mata masih jugak mengantuk. Kami berhenti di beberapa tempat untuk hilangkan mengantuk dan ada yang meneruskan perjalanan pulang.
Penulis dan keluarga sampai di rumah lebih kurang jam 5:30pm dengan selamat dan rasa sungguh berpuas-hati dengan percutian keluarga kali ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.