Pages

Friday 23 November 2012

ACSK 2012 - Anugerah Cemerlang Seri Kenangan

Seperti biasa pada setiap hari khamis malam Jumaat, kami akan berkumpul di rumah parents untuk sesi mengaji Al-Quran, berguru dengan Tuan Haji Rofie dan Hajah Rahmah merangkap ibu bapa kami. Malam ini (Khamis, 22hb November 2012) agak berbeza sedikit dari malam-malam sebelumnya kerana malam ini diadakan malam Anugerah Cemerlang Seri Kenangan 2012 (ACSK) bagi warga keluarga Seri Kenangan.

Sebelum itu Keluarga Gombak Selatan (Chef Aswad & Norhidayah) telah menjemput semua ahli keluarga untuk satu sesi solat hajat beramai-ramai. Tujuannya solat hajat diadakan untuk keselamatan Norhidayah yang pada ketika ini sedang mengandungkan anak ke-2 yang telah masuk bulan ke-8.

Keluarga Samudera
Tujuan ACSK ini diadakan sebagai motivasi kepada anak-anak kepada Keluarga Seri Kenangan yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, peperiksaan UPSR, peperiksaan tadika sekolah masing-masing. Hadiah berupa wang ringgit telah disumbangkan oleh ibubapa kami yang merangkap atuk (Ki) dan nenek (Wae) kepada anak-anak keluarga Seri Kenangan termasuklah keluarga kami.

Tuan Haji Rofie & Hajah Rahmah
(sponsor kepada malam ACSK2012

Antara penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut:-

Mohd Nazrul Hisyam Halim Shah, dari Keluarga Desa Petaling
Mohd Naufal Halim Shah dari Keluarga Desa Petaling
Amirul Syafiq dari Keluarga Samudera
Amirul Syafiq menerima sumbangan dari Achik Shana (dari Keluarga Shah Alam). Penyumbang khas untuk kategori UPSR untuk malam ACSK2012.
Adylyn Fatini dari Keluarga Melati
Allya Nadhirah dari Keluarga Samudera
Adylyn Alyssa dari Keluarga Melati
Naziha dari Keluarga Desa Petaling
Amirul Irfan dari Keluarga Samudera
Sofea Zahra dari Keluarga Gombak Selatan
Mohd Nazhan Halim Shah dari Keluarga Desa Petaling
Muhammad Amirul Aqil dari Keluarga Samudera
Mohd Hazim Mohd Hafidz dari Keluarga Gombak Utara
Nadhirah dari Keluarga Desa Petaling
Muhammad Amirul Danish dari Keluarga Samudera
Adriana dari Keluarga Shah Alam
Penerima anugerah yang tiada dalam gambar:-
  1. Safirah Nayly Mohd Safri dari Keluarga Batu Muda.
  2. Mohd Ilham Addylly Faisal dari Keluarga Melati.
Suasana di malam ACSK2012
Ketua keluarga Melati, Desa Petaling, Gombak Selatan, dan Gombak Utara sedang menunggu penerima-penerima anugerah mengambil tempat masing-masing. Bukan senang nak kawal penerima-penerima anugerah ini.
Allya Nadhirah, Amirul Irfan bergambar bersama Mummy (Joharita) selepas menerima anugerah cemerlang. KDK No.1.
TAHNIAH!!
Audience

Majlis penyampaian anugerah ini diakhiri dengan jamuan nasi arab yang disponsor oleh Chef Aswad dan Norhidayah.

Sekian.

Nota kaki: Tiada gambar semasa jamuan makan-makan kerana jurugambar sibuk nak makan.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.