Pages

Sunday 20 May 2012

Santai bersama 4 sekawan

Hari ini penulis bersama keluarga bersantai dirumah parents. Masa tu just lepak-lepak dan berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.

Bila dah ramai-ramai berkumpul tu makan riuh-rendah lah rumah ma dan abah dengan kerenah empat sekawan ni, Aqil, Ilham, Hazim dan tak ketinggalan, Danish.

Yang paling kecik sekali adalah Danish. Jadi, Danishlah yang jadi mangsa buli ketiga-tiga yang lain tu.

Ada sorang lagi yang lebih kurang sebaya dengan dorang. Nama dia Nazhan tapi tak datang pada hari tu.
Bila dah penat main, maka dorang ni duduk dan masa ni lah adalah masa yang sesuai nak ambik gambar keempat-empat sekawan ni. Kalau masa main memang susah nak ambik gambar dorang. Memang tak duduk diam.

Sekian.



Danish, Hazim, Aqil.
Aqil berebut bekas air dengan Danish. Macam biasa Aqil suka nyakat Danish.

Akhirnya Danish yang menang tapi mungkin Aqil kesian kat Danish kali ni.
Ilham berkongsi air dengan Danish sambil diperhatikan oleh Danish dan Hazim.
Suka Aqil dapat air. Danish pun bukan main lagi sengih. Ilham dan Hazim macam tak puas hati je.
Ilham tak nak ambik gambar beramai-ramai. Nak duduk sebelah mummy dia aje.
Ilham setelah dipujuk sambil diperhatikan oleh Aqil.
Danish nak minum air yang dah dihabiskan oleh Aqil. Nasib baik air dalam gelas tu dah habis. Kalau tak jenuh nak ngelap kapet.
Danish dengan lense cap.
Bila semua dah penat, maka tiba masanya untuk minum susu dan tidurrrrrrr...

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.