Pages

Saturday 6 August 2011

Berbuka puasa di luar

Hari ini aku berkesempatan bawak family untuk sekali-sekala berbuka di luar. Kali ini hajat di hati untuk bawa isteri dan anak-anak berbuka di Manhanttan Fish Market di Pavillion tapi full house. Ramai yang buat reservation.

Jadi untuk tidak mengecewakan semua, aku bagi cadangan untuk take away dan berbuka di food court saja. Nasib baik dapat tempat.

Bila dah selesai berbuka, tiba masanya untuk bersolat. Masalahnya nak cari surau bukan main susah sebab tak tahu di mana dan jarang-jarang ke Pavillion. Tanya orang pun, bagi direction tapi still tak jumpa surau. Akhir sekali, aku ambik keputusan untuk tanya guard dan minta dia tunjukkan arah. Alhamdulillah, jumpa jugak surau.

Info: surau di Pavillion berada di tingkat 5, sebelah kiri lift.

Selepas selesai solat, jalan-jalan kat pavillion untuk cari baju dan kasut anak. Allya beli baju Girlie dan Irfan beli kasut Bata. Kasut untuk Aqil terpaksa beli lain kali sebab takde saiz. Syafiq dah dapat kasut Nike dan Danish tak yah beli kasut sebab kecik lagi. Kasut yang ada tu pun still boleh pakai.

Lebih kurang pukul 10pm, kami balik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.