Pages
▼
Monday, 12 August 2013
Raya di Semenyih
Assalamualaikum wbt.
Hari raya ketiga penulis beraya di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih. Dari Banting penulis terus ke Semenyih selepas selesai beraya di rumah bapa saudara isteri di Jenjarom. Kami sampai lebih kurang jam 12:30AM. Anak-anak dah tidur kepenatan sebab beraya.
Hari raya ketiga ni kami just rehat-rehat sahaja di rumah. Tengahari kami bawa mak pergi makan di KFC Taman Pelangi. Gambar makan di restoran KFC tak sempat ambik sebab sibuk melayan kerenah anak-anak makan. Hanya gambar dorang main kat taman permainan je yang sempat ambik.
Belah petang kakak dan abang ipar sampai dari Seremban. Kami ambik peluang ambik gambar keluarga sebagai kenang-kenangan. Selepas bergambar kami ke kubur arwah abah di tanah perkuburan di Kajang. Lepas tu beraya di rumah saudara di Bangi.
Sekian.
selamat hari raya!
ReplyDeleteSelamat hari raya kepada anda juga. Thanks sebab sempat jugak singgah di sini.
Delete