Pages

Sunday, 15 January 2012

Hari jadi Isteriku, Danish dan Hazim

Hari ni kami sekeluarga ke rumah parents di Gombak untuk meraikan majlis hari jadi bersama Danish dan Hazim (anak saudara).

Danish dah genap setahun pada 12/01/2012 dan Hazim pula dah genap 2 tahun pada 03/01/2012. Manakala pada bulan yang sama iaitu pada 14/01/2012 yang lalu juga adalah hari jadi isteriku, Joharita. Selamat hari ulang tahun kepada isteriku. Harap suka la yek dengan hadiah hari jadi tahun ni.. :-)

Majlis yang dihadiri oleh semua ahli keluarga (kecuali keluarga Abg Di/Kak Ela yang berada di Penang) telah bermula dari pukul 2pm dan berakhir pada 6pm.

Seperti biasa kek hari jadi yang mummy beli kat secret recipe dan menu utama pada majlis ulang tahun kelahiran kali ini adalah nasik kerabu dan ayam percik kuah putih (my favourite).

Seperti biasa.. lepas majlis, diadakan acara buka hadiah.

Walaupun Danish tak tahu apa-apa tapi muka dia nampak ceria sebab dia dah pandai senyum dan ketawa.

Selamat hari jadi untuk anakku, Muhammad Amirul Danish dan isteriku, Joharita Johari. Tak lupa juga untuk Ahmad Hazim Ahmad Hafidz.

Selamat Hari Lahir kepada Isteriku, Joharita Johari dan anak bongsuku Muhammad Amirul Danish.








Happy family



Selamat Hari Lahir kepada Ahmad Hazim Ahmad Hafidz yang genap 2 tahun.

Danish tengah nak capai kek hari lahir nya.

Gigi Irfan tercabut masa makan choki-choki. 





Happy couple

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.