Pages

Monday 11 September 2017

Bonsai: Tolong kawan rawat Bonsai Santalia Part 1


Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak berkongsi pengalaman merawat pokok bonsai Santalia (wrightia religiosa) milik seorang rakan kerja. Beliau telah menjaga pokok ini sejak 5 tahun yang lalu. Menurut beliau, pokok ini tidak pernah ditukar pasu. Menurut beliau lagi, pada awal penjagaan banyak daun dan bunga yang dihasilkan tapi sejak dua menjak ni, daun macam tak nak keluar dan bunga pun dah jarang ada.

 Minggu lepas, penulis sempat bersembang dengan beliau pasal penjagaan pokok bonsai. Memang menjadi topik hangat jika penulis dapat berborak dengan rakan-rakan sekerja kalau bercerita pasal pokok bonsai. Masa bersembang tu, beliau buka cerita yang beliau juga memiliki beberapa pokok bonsai. Bila ditanya, maka tahulah penulis bahawa pokok bonsai milik beliau adalah dari spesis wrightia religiosa atau nama lainnya Santalia, Jeliti, Melati kerana bunga yang dihasilkan berbau wangi.

Disebabkan beliau tiada asas dan ilmu penjagaan pokok bonsai, beliau tidak berani untuk tukar tanah atau pasu. Jadi, beliau meminta penulis untuk tengok-tengokkan pokok ini. Sebenarnya penulis cukup teruja dengan permintaan rakan penulis ni sebab penulis boleh praktiskan ilmu yang ada (walaupun tak banyak) untuk merawat pokok bonsai milik rakan ini.

Pokok1 (Bonsai Santalia). Gambar sebelum dirawat.

Jika diperhatikan (rujuk gambar diatas dan dibawah), ada dahan-dahan yang sudah mati. Daun pun dah takde. Keadaan dahan pun sudah kering. Penulis tidak akan mencantas dahan yang dah mati ini sebab mana tahu, lepas buat rawatan, masih ada tunas-tunas baru akan muncul pada dahan yang dijangkakan mati ini.

Pokok2 (Bonsai Santalia). Gambar sebelum dirawat.

Jadi, Sabtu lepas penulis mula membuat proses re-potting. Langkah pertama adalah mengeluarkan pokok dari pasu asal. Kemudian, penulis memisahkan tanah dari akar pokok. Untuk proses memisahkan tanah dari akar, penulis menggunakan satu alat yang baru dibeli. Penulis belum pernah pakai lagi alat ni. Penulis tak tahu biasanya orang panggil apa alat ni. Penulis namakan "alat pencakar akar". Gambarnya seperti di bawah ni.

Alat pencakar akar.

Sebelum ini penulis tak punyai alat yang sesuai untuk pisahkan tanah dari akar bila buat re-potting. Penulis hanya guna chopstick sahaja. Proses pemisahan tu agak lambat bila hanya guna chopstick. Dengan menggunakan alat baru ni, prosesnya agak cepat. Penulis berpuas-hati dengan alat baru ni. Harganya kalau tak silap dalam RM21.00.

Gambar dibawah ni pula adalah akar untuk salah satu dari pokok bonsai. Kalau tak silap akar dari Pokok2. Sebahagian besar dari akar telahpun dicantas. Setelah memilih akar-akar yang sesuai, penulis masukkan ke pasu yang sudah disediakan pasir sungai (kasar) dilapisan bawah. Seperti biasa, penulis akan tabur baja yang biasa penulis guna diatas permukaan pasir sebelum meletakkan pokok di posisi yang sesuai.

Akar Pokok2 setelah tanah dipisahkan dari akar.

Gambar dibawah ni pula adalah selepas penulis selesai proses pembersihan akar dan penukaran tanah. Penulis masih mengekalkan pasu asal kerana penulis pikir pasu asal ini agak besar dan dalam. Masih sesuai dan mempunyai banyak ruang lagi untuk pertumbuhan akar-akar baru.

Dari kanan: Pokok1, Pokok2.

Sekian. Penulis akan kemaskini lagi progress pokok-pokok ini dalam masa sebulan dari sekarang.

3 comments:

  1. kena ada kreativiti dan innovasi untuk membonsai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. perlu ada jiwa seni dan perlu juga sabar. Saya baru berjinak dan belajar cara-cara penjagaan bonsai. Skill untuk train bonsai juga perlu. Kalau ada idea tapi tak pandai train guna dawai pun tak jadi jugak.

      Delete
  2. Tuan penulis gunakan tanah jenis apa? Apa pandangan sekiranya pokok Santalia menggunakan tanah akadama?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.