|
Anak pokok Santalia hasil dari cantasan (cuttings) |
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Hari ini penulis nak kongsikan koleksi anak-anak pokok Santalia (
wrightia religiosa). Anak-anak pokok ini penulis tanam hasil dari cantasan (
cuttings). Untuk pengetahuan, pokok ini cukup senang untuk ditanam. Hanya dengan mencucuk sahaja hasil cantasan ke tanah, siram dan pastikan pada awal ianya ditanam, anak pokok ini tidak diletakkan di tempat yang
direct sunlight. Ini adalah kerana anak pokok ini memerlukan tanah yang sentiasa lembab pada awal umurnya untuk kita pastikan akarnya mula tumbuh.