Tahun ini kami beraya di rumah parents di Gombak. Semua keluarga berkumpul seperti biasa di malam raya. Keluarga Abg Di selamat sampai dari Penang lebih kurang pukul 3:00am tanpa mengharungi trafik jem kerana melawan arus.
Balik dari solat raya kami makan beramai-ramai. Juadah utama adalah ayam percik kuah putih yang menjadi makanan kegemaran penulis. Rendang ayam juga ada yang dimasak oleh tukang masak terkenal,
Chef Aswad. Nasik impit dan kuah kacang juga terhidang yang dimasak oleh kaum hawa (baca Adam dan Hawa -
Cikgu Hafidz dan Chef Aswad adalah peminat setia Program TV ini).
Lepas makan kami duduk sambil borak-borak dan sempat juga penulis dan Chef Aswad mendapat serba sedikit pengetahuan mengenai ilmu fotografi yang di kelolakan oleh Abg Di. Sambil itu juga, kami beramai-ramai melihat hasil kerja Abg Di menghasilkan
custom album untuk Hari Raya Aidil Fitri 2012 yang lepas.
Jam 1:00pm kami bergegas pula ke Masjid As-Syakirin di Jalan Gombak untuk menunaikan solat Jumaat.
Tahun ni hari raya korban jatuh pada hari Jumaat jadi ada dua khutbah dapat didengar dalam masa satu hari.
Balik dari solat Jumaat, sekali lagi kami makan bersama-sama dengan keluarga untuk makan tengahhari. Selepas makan, kami berehat dan sembang-sembang beramai-ramai.
Jam 4:00pm, Chef Aswad dan Hidayah sekeluarga yang nk bertolak ke Seremban untuk beraya di sana, menghantar Mama ke airport KLIA sebab Mama nak balik kampung di Terengganu ada majlis pertunangan sepupu kami di sana.
Sebelah malam pula, kami ke rumah keluarga mertua adik (Rosmunira) di Pandan Indah kerana ada jemputan makan malam di sana.
Tiada gambar yang diambil semasa berkumpul/beraya di Gombak kerana masing-masing sibuk bersembang. Dibawah ini adalah gambar-gambar yang di ambil semasa makan malam di Pandan Indah.
Sekian.
|
Makan laksa penang yang terbaik dari Pandan Indah |
|
Lepas makan laksa penang, duduk berehat sambil layan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pula. |