Hari ni kami ke Broga Hill yang terletak di daerah Semenyih. Aku bersama isteri dan Syafiq, Allya (Irfan, Aqil dan Danish tak ikut sama sebab masih kecik lagi - tinggal ngan nenek dia) telah mendaki Bukit Broga. Sebenarnya kami dah lama plan untuk ke sini dan kesempatan cuti tahun baru cina ini kami gunakan untuk merealisasikan plan kami sebelum ini.
Selepas subuh, kami terus bertolak ke Bukit Broga yang tak berapa jauh dari rumah ibu mertuaku. Kami sampai lebih kurang pukul 6:50am dan sudah ada ramai orang yang sudah mula bergerak ke puncak bukit. Mujur aku bawak lampu suluh kecik LED sebab suasana masih lagi gelap.
Tujuan kami ke sini adalah untuk menghirup udara segar, mengeluarkan peluh, dan juga untuk aku mengambil gambar pemandangan di sini.
Kami mula berjalan untuk mendaki Bukit Broga bermula dari jam 7:00am. Dari tempat parking kereta (bayaran RM2 dikenakan untuk tempat letak kereta) sejauh lebih 1.7km ke puncak Bukit Broga ni. Laluan ke puncak agak sukar juga bagi pendaki amatur macam kami sekeluarga. Oleh kerana malam tadi hujan turun maka laluan agak licin. Kena berhati-hati bila melangkah jika tidak boleh mendatangkan kecederaan pada buku lali dan lutut.
Objektif kami ke Bukit Broga ini dikira berjaya sebab semua tujuan tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Udara di situ memang segar. Dapat juga kami lari dari hiruk pikuk bandaraya. Memang berpeluh jugaklah nak naik ke bukit tu. Dan pemandangan di sini amat cantik sekali. Semuanya telah dicapture dengan menggunakan kamera handphone dan kamera DSLR.
Kami berehat dan berhenti lebih kurang 3/4 pendakian sebab Allya dah tak larat dan kami sudah mendaki selama 1 jam 30 minit. Dari tempat kami berhenti ada dua lagi cerun tinggi untuk sampai ke puncak. Ramai yang berhenti di tempat kami berehat dan ramai juga yang berhenti rehat sambil bersarapan ringan.
Kami bergerak turun lebih kurang jam 9:20am setelah berehat selamat 30 minit. Menurun dari Bukit Broga juga agak sukar kerana memerlukan kekuatan lutut untuk melangkah turun. Kami sampai semula ke tempat parking lebih kurang dalam pukul 10:00am.
Berdekatan dengan Bukit Broga (di kaki bukit) ini adalah tempat yang kami pernah datang dulu iaitu Rabbit Fun Land.
Sekian.