Pages

Wednesday 30 November 2011

Bercuti di Avillion Beach Resort, Port Dickson.

Pada 25 dan 26 November 2011 yang lepas, aku dan isteri bersama keluarga serta ibu mertua pergi bercuti dan merehatkan fikiran di Avillion Beach Resort.

Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-3 (ke-2 untuk tahun ini saja), kami sekeluarga bercuti di sini. Kali yang ke-2, kami tinggal di water challet tapi kali ni di terrace apartment. Sebab kenapa kali ni tak duduk di water challet adalah kerana malam-malam bila air pasang, bunyi bising ombak dan Irfan takut dengan bunyi ombak tu. Seronok tengok anak-anak gembira main air kat kolam.

Semuanya puas hati sebab boleh main air lama-lama. Aku juga ambik peluang ini untuk ambik gambar dorang dan pemandangan waktu senja di pantai. Memang best tempat ni. Walaupun mahal sikit tapi ianya berbaloi bila dapat habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan keluarga tersayang.

Sekian.



















Monday 7 November 2011

Rabbit fun land


Hari ni, penulis membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di sekitar Rabbit Fun Land yang terletak di kaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Bayaran untuk masuk adalah RM5 seorang dan kalau nak bagi makan pada binatang, RM10 dikenakan untuk sebungkus makanan.

Di sini terdapat banyak jenis arnab yang diternak. Selain dari ternakan, pengusaha juga menyediakan kandang arnab yang boleh diberi makan oleh pengunjung serta bermain-main dengan arnab.

Selain dari arnab, juga terdapat binatang lain seperti lembu susu, pelbagai spesis kambing, kuda padi, rusa, dan seladang. Lebih kurang macam mini zoo.

Seronok bila dapat tengok anak-anak berlari-lari sana-sini, bagi makan kambing dan arnab serta bermain-main dengan arnab.

Aqil dan Irfan yang pada mulanya agak takut bila arnab datang dekat mereka tapi lama-lama dah tak takut sangat.

Aqil takut-takut nak bagi arnab makan.
Irfan tengah bagi arnab makan.
Gambar kiri: Aqil yang pada mulanya takut nak rapat dengan arnab akhirnya bila abang-abang dia pujuk lama-lama dia jadi berani. Gambar kanan: Mummy dan Aqil.
Masing-masing berebut nak bagi arnab makan.
Allya pun nak bagi arnab makan.
Bukan main seronok lagi Irfan naik benda ni.
Semua seronok datang tempat ni.
Syafiq yang paling berani kasi makan pada kambing. Aqil masih takut-takut lagi.
Berhenti rehat selepas penat melayan kerenah anak-anak.
Lain kali bila balik Bandar Rinching, rasanya kami akan datang lagi ke tempat ini. Kalau nak adventure sikit, boleh panjat Bukit Broga pulak.

Sekian.


Sunday 6 November 2011

Makan2 di SR (part I)

Pada penghujung bulan September yang lepas, penulis dan isteri bawa anak-anak untuk menjamu selera di Restoran Secret Recipe (SR), Sri Gombak Prima.

Tujuan makan di SR ni adalah sebagai pra-sambutan hari lahir Syafiq yang jatuh pada tanggal 25/09 dan Irfan pula pada 12/09 yang lalu.

Mujur masa tu tak ramai orang, jadi kami boleh makan sambil bergambar sakan.



Danish (9 months old)

Ini gambar-gambar terbaru Muhammad Amirul Danish. Sekarang ni umur dia dah masuk 9 bulan. Dia dah kenal orang dah sekarang ni. Takleh nampak kelibat Mummy atau Daddy dia, mesti nak berdukung. Dah makin manja.

Berat dia sekarang dah naik 9kg, kalau ikut doktor yang buat injection minggu lepas, ini dah berat baby umur 11 bulan. Patutlah sekarang ni dia kuat betul minum susu. Gigi pun dah tumbuh. Atas 4 batang, bawah 2 batang. Kalau tengok kat muka dan dahi dia ada kesan parut. Danish baru lepas kena chicken pox.

Sekian.



Saturday 5 November 2011

Selamat hari lahir, Syafiq (11) dan Irfan (5)


Pada 8hb October 2011 yang lalu, bertempat di Mc Donalds Titiwangsa, Jalan Pahang, telah diadakan majlis sambutan hari jadi untuk anak sulung penulis, Amirul Syafiq (25/09 - 11 tahun) dan anak ke-3, Amirul Irfan (12/09 - 5 tahun).

Terima kasih kepada Ma dan Abah, Mak, dan semua ahli keluarga yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari jadi ini. Kepada keluarga Abg Di yang tak dapat hadir kerana berada di Penang, maybe next time boleh hadir.

Irfan, Wan, dan Aqil.

Bukan main seronok lagi dorang ni.

Aqil dengan birthday hat dan Naufal.

Cepat Irfan cepattttttttttttttt!!!!

Keluarga Melati, Is, Nira dan Ilham.

Keluarga Gombak Selatan (Aswad dan Hidayah), Keluarga Shah Alam (Shana dan Hasmani).

Everybody happy.

Bukan senang nak ambik gambar dengan dorang ni.

Is tengah tolong jaga Danish dan satu pos yang menarik dari Ki.

Juga dihadiri oleh keluarga mertua, Hadi, Mak (nenek kepada anak-anakku), Kak Lela, Mummy dan Aqil.

Mana yang muat je masuk gambar.

The payer.
Me and my wife

Nanie, Hazim dan the one and only with kerinting hair in the family, Aqil.

Ma dan Abah juga turut hadir bagi memeriahkan suasana. Thanks Ma dan Abah.

This is my family.. Allya, Danish, Irfan, Mummy, Daddy, Syafiq dan Aqil.

Dari kiri Nira, Hidayah dan Aswad, Hasmani - tengah kenyang la tu.

Keluarga Taman Batu, Along dan Kak Ros.

Mummy bukan main suka lagi dia.. others tengah dengar instruction dari wakil staff McD pasal game yang akan dijalankan.

Keluarga Gombak Tengah - Apit, Nanie, Hazim

Selamat hari lahir kepada Allya dan Aqil daripada Daddy, Mummy, Allya, dan Aqil.


Sekian.
--
sent via android. have a nice day.